Penyanyi, Eda Ezrin Perlu Tinggal Di Penjara Narathiwat Selama Sebulan Lagi

Entertainment
6 Apr 2025 • 12:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi Kelantan yang popular dengan lagu Bea Sobar Bea iaitu Eda Ezrin yang ditahan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand sejak tahun lalu dilaporkan perlu tinggal di penjara berkenaan sekurang-kurangnya selama sebulan lagi.

image is not available

Menurut laporan Berita Harian, tempoh tahanan penyanyi wanita itu dengan suaminya dan rakan-rakannya dilanjutkan kerana pihak Pendakwa Raya telah diberi kebenaran oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk melanjutkan tempoh membuat permohonan rayuan berkait pembebasan penyanyi itu bersama suami dan empat lagi orang kawannya yang turut sama ditahan kerana kes dadah.

Difahamkan, permohonan dibuat oleh pendakwa raya pada minggu lalu bagi membolehkan pihak berkuasa di sana mencari lebih banyak bukti berhubung kes tersebut.

image is not available

Terdahulu, penyanyi tersebut beserta suami dan rakan-rakannya dilaporkan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki ribuan pil kuda dalam sebuah bilik hotel di Golok pada tahun lalu.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.