‘Saya banyak buat silap, Bella pun sama’ – Aliff Aziz enggan bercerai

4 Apr 2024 • 9:32 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Hasrat pelakon Bella Astillah untuk bercerai pada hari ini tidak kesampaian apabila suaminya, Aliff Aziz, enggan melepaskannya atas alasan masih sayang dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Ketika ditanya oleh Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Aliff tidak bersetuju untuk bercerai kerana masih menyimpan rasa sayang terhadap Bella.

Ekoran itu, mahkamah menetapkan kes itu diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan status laporan JKP akan dikemukakan pada 4 Jun ini.

“Saya ambil peluang ini untuk selamatkan rumah tangga demi anak-anak. Saya rindu anak-anak.

“Saya ada banyak buat silap, Bella pun ada buat silap. At the end of the day, ini bukan satu keputusan yang kita boleh buat secara terburu-buru tanpa memikirkan dalam segala hal,” katanya.

Kenapa buka aib kalau masih sayang?

Sementara itu, Bella tidak menyangka dengan keputusan Aliff. Namun akui sudah penat berdepan dengan masalah itu.

“Saya sebenarnya sudah terlalu penat dan memang tidak sangka dengan keputusan hari ini. Ingatkan semuanya akan selesai hari ini.

“Ini kali kedua saya datang mahkamah, ingat saya suka ke naik turun mahkamah? Perceraian adalah perkara yang paling saya takutkan, sebab itu saya pertahankan selama bertahun-tahun.

“‘”Tetapi saya rasa sudah cukup untuk saya pertahankan semua ini,” katanya.

Bella turut mempertikaikan kenyataan Aliff yang kononnya masih sayangkan dia, tetapi sanggup membuka aibnya di media sosial.

“Dia cakap dia masih sayangkan saya dan anak-anak. Kalau betul dia masih sayang, kenapa dia buka aib saya?

“Sedangkan saya simpan aib itu sampai ke mati,” katanya.