Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Berkaitan Kes Dadah Di Sungai Golok

LocalEntertainment
2 Nov 2024 • 2:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penyanyi wanita popular di negeri Kelantan dilaporkan antara enam rakyat Malaysia yang ditahan di Sungai Golok, Thailand pada Jumaat semalam.

Memetik laporan Berita Harian, keenam-enam rakyat Malaysia itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand berkaitan dengan dadah ketika mereka berada di sebuah bilik hotel di Sungai Golok.

Difahamkan, 6,000 biji pil kuda turut dirampas ketika mereka ditahan di hotel tersebut.

image is not available
Gambar hiasan

Menurut sumber, mereka telah ke negara itu sempena cuti perayaan Deepavali untuk berhibur.

Difahamkan juga, ada antara mereka yang masuk ke negara Thailand secara sah menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang namun dua daripada mereka pula masuk ke Thailand menerusi pengkalan haram.

image is not available
Gambar hiasan

Kesemua mereka difahamkan ditahan selepas baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di kawasan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.