
Kota Kinabalu: Seorang penyelam didakwa mencabul seorang wanita oleh Mahkamah Majistret, Rabu.
Mohd Ernizam Mohd Yasin, 31, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas dakwaan melakukan kesalahan itu terhadap mangsa pada 23 Dis 2023, pukul 12.57 tengah hari, di sebuah Kuarters di Tanjong Aru.
Pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa, Inspektor Kelvan Elson Maik ketika memohon tarikh sebutan, mencadangkan ikat jamin RM4,000 dan dua penjamin tempatan.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Peguam Dilantik, Lim Ming Zoong @Lawrence, meminta jumlah jaminan minimum kerana dia perlu menjaga ibunya.
Mahkamah membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM2,000 beserta dua orang penjamin tempatan dan menetapkan pengurusan kes pra-perbicaraan pada 7 Feb.
Dalam kes berasingan, seorang tukang masak didakwa menceroboh kawasan sekolah.
Mohd Afifi Nanun, 37, mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan kesalahan itu pada 11-12 Nov 2023, jam 8 malam hingga 8 pagi, di pra-kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang, Luyang.
Pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kelvan mencadangkan ikat jamin RM4,000 beserta dua penjamin tempatan. Bagaimanapun, Lim meminta jumlah jaminan yang ringan.
Mahkamah membebaskan Afifi dengan ikat jamin RM1,500 serta dua penjamin tempatan dan menetapkan pengurusan kes praperbicaraan pada 7 Feb.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



