“Penyelamat perkahwinan kami” – Pasangan Tak Jadi Cerai Lepas Isteri Kena Covid-19

Entertainment
3 Jan 2023 • 5:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dalam melayari bahtera perkahwinan, pasti banyak berlaku dugaan. Pasangan akan diuji dengan bermacam-macam perkara yang boleh mengganggu hubungan mereka, termasuklah pandemik.

Kalau diimbas balik sewaktu PKP dulu, banyak kes keganasan domestik dan ada yang bercerai berai.

Tetapi lain pula dengan pasangan yang berasal dari China ini, Covid-19 adalah penyelamat perkahwinan mereka.

Tak jadi bercerai

Ianya terjadi apabila ada seorang wanita kongsikan pengalamannya bersama suami sewaktu pandemik ini berlaku.

“Saya percaya pandemik telah menyelamatkan perkahwinan kami. Waktu saya terlantar di atas katil akibat jangkitan Covid, suami saya jaga saya dengan begitu elok, malah ia mengubah perspektif perkahwinan kami.”

image is not available

Menurut wanita ini, dia sudah failkan penceraian dengan suami pada Disember lepas dan menunggu kertas proses pada Januari atau Februari. Namun, saat menunggu waktu itu tiba mereka masih bersama dan wanita ini positif Covid-19.

“Saya memang terlantar dan tak larat nak buat apa-apa, tapi saya nampak dia jaga saya dengan baik. Saya rasa tersentuh dengan cara dia ambil berat pasal saya.”

image is not available

“Dia akan buka pintu perlahan-lahan dan bawa makanan untuk saya dan kalau makanan tu panas sangat, dia akan sejukkan sikit sebelum bagi saya makan.”

Katanya lagi, selain daripada demam panas, dia juga dapat menikmati rasa cinta suaminya terhadap dirinya. Mereka telah menjalinkan hubungan cinta selama 12 tahun dan sudah membuat ikatan sah sebagai suami isteri selama 8 tahun, lapor WORLD OF BUZZ.

image is not available

“Suami saya seorang yang berkerja keras tapi selalu sangat diam. Saya rasa masalah dalam perkahwinan kami adalah kami jarang berkomunikasi dengan baik sesama sendiri.”

Dengan keikhlasan suaminya dalam menjaganya sewaktu sakit, dia telah berbincang dengan suaminya untuk kekal bersama dan batalkan hasrat untuk bercerai.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.