“Saya penat!” – Tak Tahan Suami ‘Ketagih’ Memancing, Isteri Minta Cerai Selepas 10 Tahun Berkahwin

Entertainment
16 Dec 2022 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap yang berkahwin, pasti mahukan perkahwinan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Namun, kita sebagai manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Seorang wanita di China baru-baru ini bercerai dengan suaminya selepas 10 tahun perkahwinan hanya kerana lelaki itu ‘ketagih’ dengan hobi memancing berbanding meluangkan masa dengan keluarga.

image is not available

Menurut Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Zhang memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rakyat Daerah Juye dekat wilayah Shandong.

Zhang mendakwa hobi suaminya menyebabkan dia terpaksa menguruskan semua kerja rumah dan dua anak mereka. Manakala si suami hanya ‘goyang kaki’ di sofa sambil bermain telefon dan keluar memancing bersama rakannya selepas makan malam hampir setiap hari.

Wanita itu pernah meminta suaminya untuk mengurangkan aktiviti memancing dengan meluangkan masa bersama keluarga. Namun permintaan itu tidak diendahkan menyebabkannya mengambil keputusan terakhir untuk bercerai.

“Saya bangun sebelum jam 6 pagi setiap hari untuk menyediakan sarapan. Saya hantar anak-anak ke sekolah sebelum keluar bekerja. Setiap hari saya basuh pinggan, kemas rumah, ambil anak pulang dari sekolah dan bantu mereka menyiapkan kerja sekolah. Saya penat!,” kata Zhang ketika berada di mahkamah.

Suaminya juga bersetuju untuk berpisah kerana bosan dengan Zhang yang gemar membebel mengenai hobinya. Dalam pada itu, dia akan dapat meluangkan masa untuk memancing.

“Memancing bukanlah satu perkara yang tidak baik, tetapi ada batasannya. Apabila awak sudah berkahwin, awak perlu memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan ibu bapa. Jangan terlalu mengutamakan aktiviti memancing berbanding keluarga,” kata Hakim mahkamah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.