
PROSES penyerahan tanah rizab Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak kepada kedua-dua negeri itu kini sedang dimuktamadkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata proses itu selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Proses memuktamadkan penyerahan tanah rizab persekutuan (yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan di Sabah dan Sarawak) kini di peringkat akhir.
Sekiranya Kerajaan Sabah dan Sarawak ingin mengambil tanah tersebut, ia dibenarkan, dengan garis panduan tertentu.
SPONSORED CONTENT Firefly’s inaugural flight to Sandakan SANDAKAN: Firefly, the low-cost carrier subsidiary of Malaysia Airlines; made its inaugural flight from Kota Kinabalu to Sandakan on Tuesday. Read more “Ia telah dibincangkan oleh Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63), dan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian akan memuktamadkan garis panduan itu,” katanya kepada pemberita, selepas taklimat perkembangan penstrukturan Mahkamah Anak Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, pada 6 Mei.
Armizan berkata selepas proses penyerahan tanah rizab persekutuan kepada Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri itu akan menjadi pemilik mutlak tanah itu.
“Terdapat perkembangan positif dalam usaha mengembalikan keistimewaan Sabah dan Sarawak, seperti yang termaktub dalam MA63, melalui platform yang diwujudkan oleh Kerajaan, dan bukan lagi hanya melalui platform politik,” katanya.
“Kita bersyukur satu platform khusus secara rasmi, Jawatankuasa Devolution of Authority (JKDA) diwujudkan pada tahun 2016 untuk membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan MA63.
“Kemudian ditambah baik kepada Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2018 dan diangkat sebagai Majlis Khas MA63 pada tahun 2020 dan diperkasakan lagi pada tahun 2022 di bawah Kerajaan Perpaduan sebagai Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, dan ini membolehkan telah ada rekod perbincangan rasmi yang boleh dijadikan rujukan untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Armizan berkata keputusan Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kewangan Persekutuan menyerahkan kuasa untuk meluluskan projek pembangunan bernilai sehingga RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak adalah salah satu tuntutan yang telah lama wujud, diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, selaras dengan perjanjian MA63.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


