Penyerang Harimau Malaya, Figueiredo Bakal Sarung Jersi JDT

Entertainment
6 Jul 2025 • 12:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), terus memperkukuh skuad mereka menjelang musim 2025/2026 dengan kehadiran penyerang kebangsaan Malaysia, Joao Figueiredo.

Pemain berdarah Brazil itu diperkenalkan secara rasmi oleh kelab menerusi laman Instagram mereka selepas tampil cemerlang bersama kelab Turki, Istanbul Basaksehir, serta mempamerkan aksi memberangsangkan ketika Malaysia menewaskan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 baru-baru ini.

image is not available

Sepanjang beraksi di Turki, Figueiredo telah mengumpul lebih 100 penampilan dengan 24 jaringan dan empat bantuan gol. Keupayaannya bermain sebagai penyerang utama serta di posisi sayap kiri memberi fleksibiliti taktikal kepada ketua jurulatih JDT, Xisco Muñoz.

Kemahiran individu serta kelajuan larian menjadikan Figueiredo antara senjata penting dalam perancangan musim baharu, apatah lagi ketika JDT bersiap untuk menghadapi cabaran di pentas Asia, khususnya dalam saingan AFC Champions League.

image is not available

Musim ini menyaksikan Harimau Selatan cukup aktif di jendela perpindahan, dengan kehadiran pemain antarabangsa seperti Jon Irazabal, Antonio Glauder, Hector Hevel, Ibrahim Manusi, Jairo dan Moussa Sidibé – mencerminkan kesungguhan kelab untuk terus mendominasi bola sepak tempatan dan mencabar di peringkat serantau.

Sumber: Makan Bola

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.