Teruja dapat lihat penyu ‘mandi pasir’

LocalEnvironment
23 Sep 2026 • 8:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teruja dapat lihat penyu ‘mandi pasir’

DUNGUN – Kemunculan seekor penyu spesies terbesar iaitu jenis belimbing yang mendarat dan bertelur di Pantai Kuala Abang, di sini semalam mencetuskan keterujaan kepada pemajak dan penduduk setempat.

Pemajak telur penyu, Ahmad Ziad Bahanuddin, 41, teruja berpeluang melihat penyu belim­bing buat kali pertama sejak diamanah menjaga kawasan pantai berkenaan tiga tahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya melihat penyu belimbing naik bertelur di Pantai Rantau Abang, di sini pada 2010, namun awal pagi tadi (semalam) ia naik bertelur di kawasan saya.

“Sebelum menemui penyu belimbing itu, saya bersama seorang pekerja sedang melakukan rondaan rutin di kawasan pantai sebelum perasan seekor penyu bersaiz besar sedang ‘mandi pasir’ pada pukul 2 pagi,” katanya di sini semalam.

Lebih 50 penduduk setempat turut mengambil peluang turun ke pantai itu untuk melihat penyu belimbing berkenaan.

Katanya, pada awalnya, dia menyangka penyu tersebut belum bertelur dan hanya ‘mandi pasir’ untuk mengorek lubang.

Namun, katanya, dia menyedari penyu itu sudah selesai bertelur dan ‘mandi pasir’ agak lama sebelum turun semula ke laut pada pukul 5.30 pagi.

“Saya terus mendapatkan bantuan seorang lagi pemajak berpengalaman, Mohd. Salleh, 79, bagi mengesan lokasi sarang.

“Alhamdulillah, 70 biji telur penyu itu berjaya dikesan sebelum dikutip oleh kakitangan Jabatan Perikanan,” katanya.

Seorang penduduk, Mohd. Nizam Mansor, 28, yang menetap di Kampung Baru Kuala Abang berkata, dia segera bangun daripada tidur sebaik dimaklumkan kemunculan penyu itu.

“Mulanya, saya ingat dia cuma bergurau tetapi saya ikutkan juga. Baru percaya apabila lihat penyu besar itu di pantai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Pang Nyukang berkata, penyu belimbing itu dipercayai induk sama yang mendarat di Pantai Pasir Putih, Marang pada 1 September dan Pantai Rantau Abang pada 13 September lalu.

The post Teruja dapat lihat penyu ‘mandi pasir’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved