“Bukan setakat jerebu…” – Individu Ini Terkejut Jumpa Sampah Dari Negara Jiran Hanyut Di Pantai Desaru

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 22T123844.350

Isu pencemaran alam sekitar membabitkan kawasan pantai di Johor sekali lagi mencetuskan kontroversi dan luahan kekecewaan netizen di media sosial.

Menerusi satu perkongsian yang tular di platform Threads baru-baru ini, seorang pengguna @/zzeraff memuat naik hantaran mengenai lambakan sampah yang terdampar di sekitar pesisir Pantai Batu Layar, Desaru.

Artikel berkaitan: Warga Tempatan Indonesia Buat Tradisi Hanyutkan Kerbau, Ikhtiar Cari 5 Wartawan & 3 Kru Hilang Di Anak Krakatau

Artikel berkaitan: Kerana Keracunan MBG, Pelajar Cemerlang Indonesia Lumpuh & Tak Kenal Ibu Sendiri

Apa yang menarik perhatian adalah majoriti sisa sampah berkenaan merupakan produk terkemuka dari negara jiran, Indonesia. Antara barangan yang jelas kelihatan termasuk botol minuman teh, botol susu, dan bungkusan snek rumput laut.

cats 14

“Tak cukup jerebu.. segala mak nenek yang hanyut dekat pantai pun rupanya dari negara sana,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang menyuarakan rasa terkilan apabila keindahan pantai tempatan terjejas akibat sisa hanyut yang dibawa arus laut dari luar.

Selain mencemarkan pandangan, lambakan sampah plastik berkenaan turut dibimbangi boleh menjejaskan ekosistem marin dan kehidupan laut di sepanjang perairan Desaru.

cats 15

Isu sisa pepejal hanyut dari perairan antarabangsa bukanlah perkara baharu semasa musim angin monsun, namun ia sering menjadi igauan buruk buat pengunjung serta pengusaha pelancongan tempatan yang terpaksa berdepan kesannya.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved