Penyu belimbing dijangka bertelur lagi di Terengganu

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 11:57 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu belimbing dijangka bertelur lagi di Terengganu

KUALA NERUS – Induk penyu belimbing yang mendarat untuk bertelur di Pantai Marang dekat sini pada Isnin lalu berkemungkinan akan kembali semula untuk membuat lafi sarang seterusnya dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Ketua Pusat Konservasi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Uzair Rusli berkata, secarall azimnya, seekor penyu belimbing betina akan bertelur di tempat pendaratan sama lebih dari sekali sepanjang musim mengawan sehingga bulan Oktober depan.

“Beberapa minggu akan datang sangat kritikal kerana ada kemungkinan induk sama akan kembali menghasilkan sarang berikutnya.

“Masyarakat perlu memberi ruang dengan kurangkan gangguan cahaya, kenderaan dan orang ramai berkumpul di pantai kerana boleh menakutkan penyu tersebut yang cuba naik bertelur,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendaratan kembali seekor penyu belimbing betina buat julung kalinya di Terengganu dalam tempoh sembilan tahun di Pantai Marang.

Induk penyu itu mengeluarkan 44 biji telur yang telah dibawa ke pusat konservasi di Rantau Abang, Dungun untuk tujuan penetasan.

Mohd. Uzair berkata, sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, ia peluang berharga untuk pakar mengecam dan mengenalpasti genetik induk penyu belimbing tersebut.

Beliau berkata, identiti induk berkenaan masih menjadi tanda tanya sama ada ia merupakan reptilia sama yang mendarat kali terakhir pada tahun 2017 atau salah seekor kumpulan terakhir anak penyu belimbing yang menetap di negeri ini pada tahun 2010.

“Ada juga kemungkinan ia merupakan populasi lain yang mula menggunakan pantai Terengganu untuk bertelur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu belimbing dijangka bertelur lagi di Terengganu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved