Penyu belimbing kembali mendarat di Terengganu selepas 9 tahun

LocalEnvironment
2 Sep 2026 • 4:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu belimbing kembali mendarat di Terengganu selepas 9 tahun

MARANG – Selepas hampir sedekad tidak dikesan, penyu belimbing kembali dikesan mencatatkan pendaratan di Terengganu apabila seekor spesies itu dipercayai naik ke Pantai Marang, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Pang Anak Nyukang berkata, kehadiran semula penyu belimbing berkenaan dikesan menerusi kesan merangkak ditinggalkan spesies penyu terbesar di dunia itu di kawasan pantai berkenaan.

Beliau berkata, analisis fizikal mendapati kesan jejak berkenaan berukuran kira-kira 2.1 meter lebar, selain turut menemukan sebuah sarang yang mengandungi telur penyu berdiameter kira-kira 52 milimeter.

“Sebanyak 44 biji telur berjaya diselamatkan sebelum dipindahkan ke pusat penetasan penyu Rantau Abang untuk proses penetasan.

“Telur berkenaan dijangka menetas dalam tempoh tujuh hingga sembilan minggu lagi,” katanya di sini hari ini.

Pang berkata, kemunculan kembali penyu belimbing selepas sembilan tahun itu menjadi perkembangan yang cukup bermakna dalam usaha pemuliharaan spesies berkenaan.

Beliau berkata, penemuan tersebut turut memberi petunjuk bahawa kawasan pesisir pantai Terengganu masih menjadi habitat yang sesuai dan selamat untuk penyu belimbing mendarat serta bertelur. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu belimbing kembali mendarat di Terengganu selepas 9 tahun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved