Penyudah tumpul hukum skuad B-16

8 Nov 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyudah tumpul hukum skuad B-16

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-17 dengan langkah kiri apabila tewas 0-2 kepada Palestin di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sepanjang 90 minit permainan, kelemahan penyudah menjadi penghalang utama skuad muda negara untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri apabila beberapa peluang terbaik gagal diterjemahkan kepada jaringan, sekali gus menuntut kerja keras barisan kejurulatihan sebelum menghadapi Singapura, Sabtu ini.

Segalanya nampak sempurna buat skuad negara dalam tempoh 10 minit awal dan kesilapan pertahanan lawan, Ibrahim Hussein pada minit ke-3 hampir ‘menghadiahkan’ gol pertama buat tuan rumah namun Muhammad Haziq Shakirin gagal melakukan penyudah dengan lebih baik.

Pada minit ke-15, lencongan Mohammed Jamhour dari luar kotak penalti hampir membuahkan hasil, namun penjaga gol negara, Adam Nurfakrullah Mohd Fadli bertindak cemerlang melakukan tepisan.

Dua minit kemudian, gawang negara akhirnya bocor apabila Yazan Khalifah bijak menyudahkan umpanan Abdelrahman Sharifeh untuk meletakkan Palestin di depan.

Skuad negara berpeluang menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama menerusi Muhamad Fahim Akmal Zulkarnain yang berjaya melepaskan diri daripada kawalan pertahanan lawan, namun sepakannya tepat menuju ke arah penjaga gol Palestin, Mohammed Abdalkarim.

Palestin hanya memerlukan enam minit selepas aksi bersambung untuk menggandakan kelebihan menerusi jaringan Yousef Alexander Bustami.

Bagaimanapun, pemain negara enggan mengalah apabila terus memburu gol dan peluang terbaik hadir pada minit ke-77 menerusi tandukan jarak dekat Nur Azam Muslim Nor Hisham, namun bola sekadar melewati palang gol Palestin. – KOSMO! ONLINE

The post Penyudah tumpul hukum skuad B-16 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved