Peperiksaan SPM 2024 Berjalan Lancar, Penghargaan Kepada Semua Yang Terlibat 

12 Feb 2025 • 9:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Peperiksaan SPM 2024 Berjalan Lancar, Penghargaan Kepada Semua Yang Terlibat

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 telah berjalan lancar bermula pada 2 Disember 2024 hingga 6 Februari 2025. Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Walaupun peperiksaan SPM Tahun 2024 telah berlangsung dalam musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri, ia telah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Ini adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, jabatan pendidikan negeri, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua 126,636 petugas peperiksaan yang turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024 atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.