Peperiksaan SPM 2026 Bermula 23 Nov Hingga 17 Dis - KPM

18 Aug 2026 • 2:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Peperiksaan SPM 2026 Bermula 23 Nov Hingga 17 Dis - KPM

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 Nov hingga 17 Dis depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu serta Ujian Bertutur Bahasa Inggeris masing-masing akan diadakan pada 26 hingga 29 Okt dan 2 hingga 5 Nov.

Ujian Amali Sains pula diadakan pada 16 hingga 18 Nov, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu pada 30 Nov dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Dis.

"Secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

"Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat. KPM komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan ini dilaksanakan dengan lancar dan teratur," menurut kenyataan itu.

Baca juga:


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved