Peperiksaan SPM 2026 bermula 23 November hingga 17 Disember - KPM

18 Aug 2026 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peperiksaan SPM 2026 bermula 23 November hingga 17 Disember - KPM
Peperiksaan bertulis SPM 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember depan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember depan, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam kenyataan pada Selasa, KPM memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu serta Ujian Bertutur Bahasa Inggeris masing-masing akan diadakan pada 26 hingga 29 Oktober dan 2 hingga 5 November.

Ujian Amali Sains pula diadakan pada 16 hingga 18 November, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu pada 30 November dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 1 Disember.

"Secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara.

"Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat. KPM komited melakukan yang terbaik bagi memastikan peperiksaan ini dilaksanakan dengan lancar dan teratur," menurut kenyataan itu. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved