Perak mahu tandingi Selangor, Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian

LocalBusiness & Finance
16 Nov 2026 • 3:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perak mahu tandingi Selangor, Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian

IPOH: Slogan ‘Make Perak Great Again’ menjadi antara perhatian peserta yang hadir ke program Perak Economic Outlook 2027 yang bertujuan mengukur potensi ekonomi negeri ini.

Slogan itu dikaitkan dengan sejarah negeri Perak yang menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia sehingga berupaya menentukan nilai pasaran sumber bumi itu di Eropah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sejak beberapa tahun lalu Perak telah memberanikan diri untuk menyaingi Pulau Pinang dan Selangor dari segi perindustrian.

Katanya, komitmen itu dilihat berada di landasan betul apabila Perak berjaya mencatatkan pertumbuhan 15.2 peratus pada tahun 2025 bagi sektor pembuatan iaitu tertinggi di Malaysia.

“Semasa kita membuat kajian untuk bangunkan pelan Perak Sejahtera 2030, kita buat keputusan untuk beranikan diri bersaing dengan negeri-negeri yang selama ini menjadikan kita ‘sandwich’ iaitu Selangor dan Pulau Pinang.

“Selepas musibah Covid-19, kita memberanikan diri untuk meletakkan Perak sebagai negeri perindustrian. Pertumbuhan 15.2 peratus itu menggambarkan keputusan yang kita telah ambil tanpa meninggalkan pertanian,” katanya semasa berucap merasmikan program itu di sini hari ini.

Sementara itu Saarani berkata, setelah empat tahun pelaksanaan pelan Perak Sejahtera 2030, perkembangan prestasi ekonomi negeri semakin menggalakkan termasuk menyaksikan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat daripada RM80.5 bilion pada tahun 2022 kepada RM91.5 bilion pada tahun 2025.

Katanya, keyakinan ekonomi Perak turut dilihat melalui prestasi pelaburan swasta yang diluluskan iaitu meningkat daripada RM6.61 bilion pada tahun 2022 kepada RM15.76 bilion pada tahun 2025. – UTUSAN

The post Perak mahu tandingi Selangor, Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved