Perak rekod pelaburan RM8.8 bilion

LocalBusiness & Finance
26 Nov 2026 • 12:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perak rekod pelaburan RM8.8 bilion

IPOH: Perak merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM8.87 bilion menerusi 277 projek bagi tempoh Januari hingga September 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, pelaburan itu berpotensi mewujudkan 6,089 peluang pekerjaan.

Katanya, kawasan perindustrian berperanan penting sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta penyumbang kepada kemasukan pelaburan ke negeri ini.

“Pencapaian ini jelas membuktikan bahawa negeri Perak terus mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan yang berpotensi,” katanya semasa menjawab soalan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Kata beliau, pelaburan asing pula meningkat sebanyak 16.8 peratus kepada RM4.65 bilion, merangkumi 52.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan di negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, usaha akan diteruskan bagi memastikan kawasan perindustrian terus berdaya saing dan mampu menarik pelaburan berkualiti.

“Kerajaan negeri menyedari cabaran tersebut dan mengambil pendekatan untuk menggalakkan pembangunan taman-taman perindustrian baharu melalui kerjasama dengan pemain sektor swasta.

“Sekali gus mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri dalam menyediakan serta membangunkan infrastruktur perindustrian,” katanya.

Katanya, antara pembangunan yang sedang dan telah dirancang termasuk Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Taman Teknologi Tinggi Tanjung Malim (TMHTP), KLK TechPark, Bandar Industri Kinta (KIC) dan Taman Teknologi Silver Valley (SVTP). – UTUSAN

The post Perak rekod pelaburan RM8.8 bilion appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved