Peralihan MyKad generasi baharu: Cetakan kad pengenalan terganggu 7 hari mulai hari ini

1 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Peralihan MyKad generasi baharu: Cetakan kad pengenalan terganggu 7 hari mulai hari ini

KUALA LUMPUR - Proses mencetak MyKad di seluruh negara mengalami gangguan sementara bermula hari ini hingga 7 September depan berikutan langkah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mamasuki fasa peralihan ke arah penggunaan MyKad Generasi Baharu.

Proses migrasi daripada struktur kad sedia ada kepada versi baharu yang lebih canggih itu dijangka memberi kesan secara langsung kepada tempoh pemprosesan dan serahan kad fizikal sepanjang tempoh tujuh hari berkenaan.

Susulan itu, JPN menggesa orang ramai yang tiada urusan mendesak agar menangguhkan terlebih dahulu permohonan penukaran atau gantian MyKad buat sementara waktu.

"Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," jelas JPN menerusi satu kenyataan hari ini.

Langkah penangguhan ini bagi memastikan permohonan baharu, khususnya untuk golongan remaja 12 tahun, secara automatik menerima kad pengenalan versi baharu sebaik sahaja pengeluaran resminya bermula kelak.

Pihak JPN turut memohon maaf atas sebarang kesulitan serta merakamkan penghargaan atas kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang fasa transisi struktur kad pengenalan negara ini.

Maklumat lanjut berkenaan tarikh pelancaran dan perincian spesifikasi MyKad Generasi Baharu akan diumumkan menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa. - 1 Sept, 2026

The post Peralihan MyKad generasi baharu: Cetakan kad pengenalan terganggu 7 hari mulai hari ini appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved