Peranan penting anggota Puspanita

5 Oct 2023 • 5:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PERSATUAN Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) memainkan peranan penting dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menyebarkan dasar dan aspirasi kerajaan secara terus kepada rakyat.

Isteri Ketua Menteri Datin Seri Datuk Hajah Juliah Salag berkata ini termasuk semua rancangan dan inisiatif Kerajaan Negeri yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Oleh kerana sebahagian anggota Puspanita adalah penjawat awam dan pelaksana dasar kerajaan, maka mereka memainkan peranan penting dalam menyampaikan segala dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri sehingga ke peringkat akar umbi.

“Saya juga mencadangkan Puspanita meluaskan kerjasama atau pakatan strategik dengan pelbagai pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun Puspanita Sabah ke-40 di Pelabuhan Magellan Sutera, Kota Kinabalu, pada 24 Sept.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Dalam konteks memperkasa wanita, Juliah yang juga Penaung Puspanita Sabah berkata, anggota perlu menimba dan meluaskan ilmu, serta menggilap potensi dan bakat selain meningkatkan kepimpinan.

“Saya percaya sikap bekerjasama, berpandangan jauh dan mempercayai antara satu sama lain juga perlu dijadikan teras penting oleh setiap anggota dalam memastikan Puspanita Sabah dihormati dan menjadi contoh kepada organisasi lain.

“Semoga program atau majlis seperti ini dapat dibawa ke daerah lain bagi memberi peluang kepada mereka melaksanakan program tersebut di samping lebih menghargai ahli Puspanita di daerah ini.

“Saya juga meminta semua ahli agar bekerja dengan penuh keikhlasan, dan integriti serta menjauhi rasuah tidak kira di mana anda berada. Jaga nama baik persatuan dan kementerian, jabatan serta agensi tempat masing-masing bekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata majlis itu bukan sahaja untuk meraikan ulang tahun ke-40 Puspanita Sabah tetapi juga sebagai platform untuk menghimpunkan ahli dari seluruh negeri selain menghargai anggota dalam menjayakan aktiviti.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka. Antara kejayaan yang saya lihat ialah pembinaan Wisma Puspanita di Tanjung Aru yang mana bangunan ini digunakan oleh ahli sebagai pusat mesyuarat, majlis keraian kecil-kecilan dan lain-lain.

“Seorang pengerusi daerah juga mengubah rumah kerajaan menjadi bangunan Puspanita. Malah ada Puspanita yang mempunyai kafe mereka sendiri,” katanya.

Pencapaian lain selama lebih empat dekad di Sabah termasuk Anugerah Cawangan Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008, Anugerah Cawangan Berprestasi Peringkat Negeri 2013, Anugerah Cawangan Berprestasi Puspanita Peringkat Cawangan 2017, Anugerah Cawangan Puspanita Paling Aktif di Media Sosial 2022 dan Anugerah Cawangan Berprestasi Tertinggi 2023. Turut hadir, Pengerusi Cawangan Puspanita Sabah Datin Seri Dr Nuinda Haji Alias.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.