Perang, cuaca ekstrem lonjak 12% harga makanan global

WorldFood
6 Sep 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Perang, cuaca ekstrem lonjak 12% harga makanan global

ROM: Harga makanan global meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir empat tahun pada Ogos, didorong kenaikan harga semua kategori utama makanan.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) berkata, Indeks Harga Makanan meningkat untuk bulan ketiga berturut-turut kepada 133.3 mata pada Ogos, paras tertinggi sejak akhir 2022.

Menurut FAO, kenaikan itu berlaku ketika peperangan dan keadaan cuaca menjejaskan bekalan makanan global.

Semua kategori dalam indeks berkenaan seperti bijirin, minyak sayuran, gula, daging dan produk tenusu mencatat kenaikan harga sepanjang bulan lalu.

“Gangguan iklim, ketegangan geopolitik dan gangguan logistik perdagangan berlaku serentak, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan,” kata Ketua Ekonomi FAO, Maximo Torero, dalam satu kenyataan.

Risiko itu paling ketara bagi gula yang mencatat kenaikan harga tertinggi antara semua kategori, melonjak hampir 12 peratus berbanding Julai kepada paras tertinggi dalam tempoh setahun.

Harga bijirin pula meningkat lebih dua peratus kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun.

Harga gandum dan jagung juga turut meningkat selepas serangan ketenteraan mengganggu penghantaran melalui Laut Hitam, laluan utama eksport bijirin dari Russia dan Ukraine.

Bekalan baja turut berdepan tekanan susulan konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran. Selat Hormuz, perairan sempit yang kini disekat AS dan Iran, merupakan laluan penting untuk perdagangan baja dunia.

Risiko itu semakin meningkat susulan pemanasan global serta kemunculan semula El Nino, fenomena pemanasan semula jadi di Lautan Pasifik yang boleh mengganggu corak cuaca di seluruh dunia.

Gelombang haba yang melanda Eropah pada musim panas menyebabkan hasil tanaman merosot, manakala El Nino mengancam pengeluaran makanan di Asia.- AL JAZEERA

The post Perang, cuaca ekstrem lonjak 12% harga makanan global appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved