Teknologi Audio Qualcomm S3 Gen 2 Kini Dikembangkan Ke TV, PC Dan Konsol Menerusi Dongel

TechnologyDigital
23 Jun 2023 • 9:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalu cip audio Qualcomm S3 Gen 2 diumumkan dengan ia menyokong audio resolusi tinggi serta lengah masa bawah 20ms. Teknologi hanya disokong pada peranti pintar yang menggunakan cip Qualcomm. Semalam teknologi Qualcomm S3 Gen 2 akan dikembangkan pula ke TV, PC, komputer riba, konsol dan pelbagai lagi peranti menerusi penggunaan dongel.

image is not available

Sokongan piawaian LE Audio Auracast menerusi penggunaan dongel dan penyesuai akhirnya diberikan. Dengan ini audio 24-bit 96kHz resolusi tinggi boleh dinikmati menggunakan protokol bluetooth menerusi teknologi Snapdragon Sound dan Qualcomm aptX Adaptive.

Untuk menikmati semua ini, pemilik dongel dan penyesuai hanya perlu memiliki aksesori audio yang menyokong Snapdragon Sound dan Qualcomm aptX Adaptive seperti Redmi AirDots 3.