Peranti Dengan Cip Snapdragon 8s Elite Mungkin Tiba Seawal April Nanti

TechnologyDigital
20 Mar 2025 • 2:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Peranti apakah yang anda pilih untuk menjadi telefon raya pada tahun ini? Jika bukan di hari Raya pertama, apa pula peranti yang anda ingin dapatkan selepas hari Raya? Bagi pengguna peranti Android yang mahukan peranti mercu mampu milik, peranti dengan cip Snapdragon 8s Elite dijangka tiba seawal April nanti.

image is not available

Peranti apa yang akan menggunakan cip ini masih menjadi misteri, tetapi ia dikatakan mungkin akan ada lambakan peranti berlumba-lumba memasarkan diri sebagai pembunuh peranti mercu atau peranti mercu paling berbaloi dan murah. Cip Snapdragon 8s Elite dikatakan akan mempunyai kemampuan di antara Snapdragon 8 Gen 2 dan Snapdragon 8 Gen 3.

Konfigurasi cip ini adalah 1x Cortex-X4 3.21GHz + 3x Cortex-A720 3.01GHz + 2x Cortex-A720 2.80GHz + 2x 2.02GHz Cortex-A520 (atau yang lebih terkini). Antara peranti yang terawal dilancarkan adalah iQOO dan Redmi. Di Malaysia, salah satu model Poco F7 dijangka akan menggunakan cip ini. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kehadiran peranti dengan cip Snapdragon 8s Elite. Bulan April akan bermula dalam masa dua minggu sahaja lagi.