
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka tiba pada 31 Mac ini.
Sepanjang tempoh bulan Ramadan ini, pasti ramai yang telahpun berbuka puasa secara lebih istimewa bersama ahli keluarga, insan tersayang dan rakan-rakan.
Momen-momen sebegini pastinya berharga untuk dikenang dan disimpan kerana bulan Ramadan hanya sekali setahun.
Wanita kongsi momen berbuka puasa dengan Menteri Pendidikan
Begitulah yang dilakukan oleh seorang wanita ini yang merakam saat dirinya berpeluang berbuka puasa bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Malah, wanita itu juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen berkenaan kepada orang ramai menerusi satu hantara video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@gwenteamatcha).
“Hampir ajak Fadhlina Sidek buat (trend tarian) velocity,” ringkas tulisnya di kapsyen sambil berseloroh.
Berbual-bual dengan Fadhlina semasa buka puasa
Dalam video tersebut, kelihatan wanita berkenaan duduk betul-betul bersebelahan Ahli Parlimen Nibong Tebal yang juga Ketua Wanita PKR itu.
Mereka dilihat berbuka puasa sambil berbual-bual dipercayai mengenai juadah yang dihidangkan.
Wanita itu turut menyifatkan Fadhlina sebagai seorang yang sangat baik dan mesra kepada rakyat.
Hampir ajak YB @Fadhlina Sidek buat Velocity 🤓
Netizen seloroh, minta wanita itu ajar Fadhlina trend di TikTok
Melihat ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai komen menghiburkan.
Ada yang berseloroh meminta wanita terbabit mengajar Fadhlina mengenai trend ‘velocity’ dan sebagainya.
Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa dia sangat beruntung kerana berpeluang berbuka puasa di sebelah Menteri Pendidikan itu.




Baca Artikel Berkaitan: Guru Yang Mahu Buat Kerja Sambilan Perlu Dapatkan Kebenaran – Fadhlina Sidek
Baca Artikel Berkaitan: “Anak Kita Bukan Tikus Makmal” – KPM Kekal Mansuhkan UPSR & PT3, Kata Fadhlina Sidek

![“Layanan Tip-Top Tak Kira Bangsa” – Guru SJKC Sanggup Berpayung Bantu Murid Ketika Hujan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)