Peranti Konsep Xiaomi 12S Ultra Yang Boleh Menggunakan Lensa M-Mount Leica Dihasilkan

TechnologyDigital
2 Nov 2022 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak dari zaman awal telefon pintar terdapat beberapa aksesori yang cuba membolehkan kamera digunakan bersama lensa kamera SLR. Kesemua produk yang dihasilkan tidak begitu berjaya kerana kelemahan pada sensor kamera telefon pintar yang kecil. Tetapi di Xiaomi mereka telah menghasilkan peranti konsep Xiaomi 12S Ultra yang boleh menggunakan lensa M-Mount Leica.

Peranti diubahsuai dengan lensa untuk sensor 1″ telah digantikan dengan sebuah kaca biasa sahaja. Kemudian sebuah cagak khas disambung pada bahagian belakang kamera yang membolehkan lensa M-Mount Leica disambungkan. Seterusnya aplikasi kamera boleh digunakan seperti biasa cuma dengan lensa boleh-tanggal kamera digital Leica sebenar.

image is not available

image is not available

Pada waktu ini konsep ini sekadar diuji untuk melihat sejauh mana teknologi Xiaomi dan Leica boleh digabungkan. Huawei sendiri tidak berani melakukannya semasa bekerjasama dengan Leica selama lima tahun.