Peranti Tahan Lasak Samsung Galaxy XCover6 Pro Dan Tab Active4 Pro Dilancarkan Pada 13 Julai

TechnologyDigital
17 Jun 2022 • 9:32 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Adakah anda memerlukan sebuah telefon pintar dan tablet yang tahan lasak. Jika jawapannya ialah ya anda mungkin boleh menanti pelancaran Samsung Galaxy XCover6 Pro dan Samsung Galaxy Tab Active4 Pro yang akan berlaku pada 13 Julai hadapan.

image is not available

Kedua-dua peranti ini mempunyai kemampuan tahan lasak yang lebih tinggi berbanding produk lain yang ditawarkan oleh Samsung sebelum ini. Berdasarkan imej rasmi yang telah dikongsi tubuh peranti mempunyai lapisan getah tahan lasak bagi menyerap hentakan. Sebelum ini model XCover dan Tab Active melepasi piawaian ketenteraan MIL STD 810G yang membolehkannya tahan hentakan dari tempat yang tinggi.