Peratusan keluar mengundi tinggi mampu beri kelebihan kepada PH - Maszlee Malik

LocalPolitics
7 Jul 2026 • 11:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peratusan keluar mengundi tinggi mampu beri kelebihan kepada PH - Maszlee Malik
Maszlee pada sidang akhbar selepas Dialog PRN Johor di Auditorium RTM Johor pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr. Maszlee Malik yakin peratusan keluar mengundi yang tinggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini mampu memberi kelebihan kepada gabungan berkenaan.

Justeru beliau berkata, tumpuan utama jentera PH sepanjang baki tempoh berkempen adalah menggalakkan seramai mungkin pengundi keluar, termasuk mereka yang berada di luar kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

“Lagi besar yang keluar mengundi, lagi bagus kerana itu mencerminkan mandat dan kehendak sebenar rakyat.

“Kami berharap lebih ramai rakyat akan keluar mengundi kerana kami percaya mereka yang mengangkat agenda rakyat akan mendapat sokongan lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Dialog PRN Johor di Auditorium RTM, Jabatan Penyiaran Negeri Johor pada Selasa.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Mengulas penganjuran dialog berkenaan, bekas Menteri Pendidikan itu berkata, program seumpama itu wajar diteruskan walaupun selepas PRN Johor berakhir.

"Debat ini mampu memupuk budaya politik yang lebih matang dengan memberi ruang kepada rakyat menilai pemimpin berdasarkan hujah, fakta dan bukti.

“Kita ingin hidupkan budaya dialog dan budaya debat politik untuk mematangkan rakyat supaya mereka membuat pilihan berdasarkan hujah, fakta dan bukti, bukan sekadar sentimen atau emosi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved