
Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang penuh dengan kegembiraan, kebersamaan, dan tradisi. Namun, tidak semua pelajar berpeluang untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk menyambut hari yang istimewa ini. Bagi mereka yang tinggal di kampus atau di kawasan luar bandar, merayakan Hari Raya bersama rakan-rakan dan komuniti satu cara yang bermakna untuk mengisi kekosongan tersebut. Saya adalah salah seorang daripada pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana rumah sya jauh di pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan seperti pengangkutan awam. Jika ingin keluar ke pekan , kami harus menumpang pak cik Alias yang satu-satunya mempunyai kenderaan di kampung.
Saya sangat bersyukur kerana bersekolah di kampus yang membenarkan pelajar untuk tetap tinggal di asrama jika tidak dapat pulang ke kampung. Ramai rakan lain yang mempunyai masalah yang sama, namun ada juga pelajar yang tidak beragama islam tidak pulang ke kampung. Terdapat lebih 50 orang pelajar yang tidak pulang ke kampung. Warden asrama memberikan cadangan untuk kami menyambut Hari Raya bersama di asrama. Semua pelajar bersetuju dan mencadangkan banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama.
Hari raya yang pertama kami menunaikan kewajiban di masjid dahulu dan beramah mesra dengan semua orang yang datang ke masjid. Hari kedua raya , kami mengadakan majlis Hari Raya bersama di dewan asrama. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk merayakan Hari Raya. Kami bekerjasama untuk menjayakan acara ini, termasuk menyediakan makanan tradisional seperti ketupat, rendang, dan kuih-muih. Dengan mengumpulkan semua pelajar, suasana meriah dapat dicipta, dan semua orang dapat merasai kehangatan sambutan Hari Raya.
Selain daripada menikmati hidangan, aktivit seperti kebudayaan dan permainan juga diadakan. Aktiviti yang dilakukan adalah pertandingan nyanyian solo dan duet yang bertemakan lagu Hari Raya. Ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mengeratkan hubungan antara pelajar dari pelbagai latar belakang.
Acara yang seterusnya dilakukan adalah sesi pertukaran hadiah atau “Secret Santa” versi Hari Raya menjadikan majlis kami lebih meriah dan menyeronokkan. Setiap pelajar akan membawa hadiah dan memberikan pada nama yang mereka dapat pada 3 hari sebelumnya. Cabutan nama telah dibuat 3 hari sebelum, membuatkan setiap kami dapat menyediakan hadiah yang bersesuaian. Ini telah menambahkan lagi keceriaan kepada acara kami malam itu.

Kongsi kisah #RAYA2025 anda dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai hingga RM6,200!
Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&S terpakai.
MissWhite PrincesZIE adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
.png)


