Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Turut Menyaksikan Penyertaan Robot Berarak Bersama

LocalTechnology
31 Aug 2026 • 8:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hari ini Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-69, dan bersempena dengannya sambutan di adakan di beberapa lokasi, termasuk sambutan utama di Dataran Putrajaya. Menariknya, selain daripada perbarisan yang disertai pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, badan beruniform, dan jenama tempatan, perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 turut menyaksikan penyertaan robot bersama-sama.

Image from: Perbarisan Hari Kebangsaan Ke-69 Turut Menyaksikan Penyertaan Robot Berarak Bersama

Robot Honor D1 menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-69 ini bersama-sama kontinjen Honor. Ini juga kali pertama robot berkenaan menyertai perbarisan atau perarakan di luar China. Penyertaan robot pada perbarisan Hari Kebangsaan menonjolkan ketarangkuman digital dan teknologi dalam perarakan kali ini.

Robot Honor D1 sebelum itu turut menyertai acara maraton 10 kilometer, namun tiada catatan masa yang dikeluarkan oleh pihak Honor Malaysia untuk acara berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved