Perbezaan Pandangan Isu Wanita Berjihad Perlu Rujuk Pihak Berautoriti - Zulkifli

LocalPolitics
11 Apr 2026 • 5:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perbezaan Pandangan Isu Wanita Berjihad Perlu Rujuk Pihak Berautoriti - Zulkifli

SEPANG, 11 April (Bernama) -- Sebarang perbezaan pandangan berhubung isu yang mempertikaikan penglibatan wanita dalam jihad perlu dirujuk kepada pihak berautoriti agama termasuk Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bagi memastikan penjelasan yang tepat dan berlandaskan hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata pelbagai pandangan boleh timbul dalam masyarakat mengenai perkara itu, namun penyelesaian terbaik adalah melalui pandangan institusi agama yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

Baca juga:

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara serta mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

"Dalam hal ini ada pelbagai pandangan diberikan. Kita rujuk kepada pihak autoriti, pihak Jabatan Mufti Wilayah.

"Apabila berada dalam perbezaan pandangan ini, sudah pasti ada yang akan mendamaikannya dan melihat dari kaca mata yang secara umum," katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Pasukan Awal Petugas Haji, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan warganet mempertikai penyertaan beberapa selebriti tanah air, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.