TPM Zahid minta jangan salahkan kerajaan, tegaskan ini krisis global

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 2:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan rakyat dan pihak politik tidak seharusnya menyalahkan kerajaan berikutan isu kenaikan bahan api, sebaliknya perlu bekerjasama mencari jalan penyelesaian bersama.

Jangan gunakan masalah global sebagai satu kesalahan

Memetik laporan daripada Utusan, beliau  menyatakan Malaysia masih bernasib baik kerana mengekalkan subsidi RON95 kepada majoriti rakyat, sekaligus meringankan impak kenaikan harga bahan api global.

“Cuba lah mereka pergi ke Selat Hormuz sekarang atau cuba lah mereka pergi ke negara Barat, mereka lihat sendiri. Kita bernasib baik sebenarnya. Jangan asyik menggunakan masalah global ini sebagai satu kesalahan oleh pihak kerajaan. Ini hakikat yang harus kita terima.
“Jangan hanya tuding jari kepada kerajaan, sebaliknya cari jalan bersama-sama,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

image is not available

Krisis alasan untuk menagih sokongan politik

Ahmad Zahid menegaskan isu krisis tenaga global bukan alasan untuk menagih sokongan politik, sebaliknya realiti ini harus diterima dan ditangani secara bersama.

Beliau turut menegaskan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka bertemu semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menjelaskan situasi sebenar krisis tenaga yang kini menjejaskan ekonomi dunia.

image is not available

Artikel lain: Diesel naik? Jangan ambil kesempatan! Peniaga diingat tak naikkan harga ikan -Faiz Fadzil

Ahmad Zahid berharap kerajaan negeri turut memahami cabaran global ini, termasuk gangguan laluan perdagangan tenaga utama seperti Selat Hormuz, yang mengendalikan hampir 20 peratus perdagangan tenaga dunia dan menyumbang kepada lonjakan harga minyak sehingga 60 peratus dalam tempoh singkat.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menekankan pentingnya rakyat dan kerajaan bersatu menghadapi cabaran global, bukannya menjadikannya isu politik.

Beliau menyeru semua pihak untuk bersama-sama mencari jalan praktikal dan menyokong langkah kerajaan dalam memastikan kestabilan tenaga di Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia ( Siti Maisarah Binti Sheikh Abdul Rahim)