“Percaturan Allah Itu Indah”, Farid Kamil Nampak Tenang Di Mahkamah

20 Mar 2023 • 9:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Farid Kamil mahkamah

Sebentar tadi kami melaporkan yang pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga apabila Diana menfailkan cerai pada awal bulan ini.

Diana dikatakan membuat permohonan itu dengan alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).

Menerusi satu IG Story yang dibuat Farid Kamil, terdapat satu video yang dikongsi rakannya menunjukkan dia sedang berada di pekarangan Mahkamah Syariah Subang Bestari, pagi tadi.

image is not available

Bukan tu jer, terdapat juga kata-kata semangat yang dikongsikan rakannya kepada pelakon itu.

Percaturan Allah itu indah. ‘Keep cool’ (terus tenang).

Farid Kamil sebelum ini berharap agar isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan pendamaian selepas dia menolok untuk lafazkan cerai dan akui bahawa masih sayangkan keluarganya.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.