Perdana Menteri Ucap Selamat Ulang Tahun ke-70 kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

LocalPolitics
23 Jun 2026 • 11:44 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Perdana Menteri Ucap Selamat Ulang Tahun ke-70 kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-70 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi beliau, Datuk Seri Anwar mengiktiraf peranan besar DBP sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Beliau menekankan bahawa kelangsungan institusi tersebut adalah hasil daripada keringat, keberanian, dan kesetiaan generasi terdahulu dalam mempertahankan jati diri nusa bangsa Malaysia.

“Semoga restu jiwa pahlawan terus bersemayam dalam sanubari seluruh sahabat bahasa dan warga institusi keramat DBP, lantas membugar semangat juang kita untuk terus memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa,” ujar beliau.

Sambutan ulang tahun DBP kali ini disambut dengan tema “Restu Jiwa Pahlawan”, yang mencerminkan semangat perjuangan berterusan dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkasa bidang sastera dan budaya tanah air.

Selama 70 tahun, DBP terus berdiri sebagai institusi utama dalam mengembangkan serta memperkukuh bahasa Melayu, bukan sahaja sebagai alat komunikasi, malah sebagai lambang kedaulatan dan identiti negara yang perlu dipelihara oleh setiap lapisan masyarakat.

(Sumber: BERNAMA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved