Pergaduhan tiga remaja perempuan di Dataran Melang tular, polis jalankan siasatan

4 Sep 2026 • 1:34 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pergaduhan tiga remaja perempuan di Dataran Melang Kuala Pilah tular di media sosial

Satu rakaman live TikTok tular di media sosial merakamkan pergaduhan antara tiga remaja perempuan di Dataran Melang, Kuala Pilah, yang dipercayai berpunca daripada salah faham susulan penyebaran gambar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Rabu lalu.

Menurutnya, kejadian membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang hadir ke Dataran Melang bersama abangnya bagi bertemu dua kenalan.

Pertemuan itu dipercayai bertujuan membincangkan isu salah faham yang timbul selepas gambar remaja terbabit tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, pertemuan berkenaan bertukar menjadi pergaduhan apabila berlaku pergelutan antara pelajar terbabit dengan dua individu berkenaan sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan.

Baca juga:

Pada Khamis lalu, remaja terbabit kemudian pergi bersama bapanya ke kediaman salah seorang individu berkenaan untuk berbincang sebelum laporan polis dibuat.

Muhamad Mustafah berkata, polis memandang serius kejadian itu dan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan serta pihak yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-48429999 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Sarjan Shamsuldalila Mohamad di talian 011-10129038.

Sumber: Berita Harian, Thread kepochi.com

The post Pergaduhan tiga remaja perempuan di Dataran Melang tular, polis jalankan siasatan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved