Pergi konsert, Anna Jobling seperti Taylor Swift -“Cantik, muka pun dah sama”

LocalEntertainment
24 Aug 2024 • 4:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelakon jelita, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman atau dikenali Anna Jobling seperti Taylor Swift selepas tular beberapa video aktres itu hadir menyaksikan konsert The Eras Tour di London, baru-baru ini.

Menerusi hantaran tular, dilihat Anna Jobling bersama rakan-rakannya yang pergi menonton konsert penyanyi antarabangsa terkenal iaitu Taylor Swift.

Anna Jobling seperti Taylor Swift

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat video berkenaan.

Mereka juga memuji kecantikan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang kelihatan seperti ‘mat salleh’ ketika berada di konsert tersebut.

image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Lupa dia orang Malaysia!

Tidak kurang juga ada yang hampir terlupa pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu merupakan orang Malaysia kerana dilihat hampir sama dengan beberapa individu dalam video tersebut.

Tapi, tak peliklah andai ada individu berpendapat Anna yang memakai dres putih seperti ‘minah salih’ ketika berada di konsert tersebut.

Ini kerana Anna Jobling meupakan anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka

image is not available

Korang pula rasa macam mana? Tapi memang betullah Anna memang cantik!

Sumber: TikTok @annajobling_sv