Perhatian, Jangan Terpedaya Iklan Lesen Memandu Percuma, Tanpa Ujian, - JPJ

LocalPolitics
4 Nov 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan iklan  lesen memandu percuma dan tanpa ujian yang menggunakan nama dan gambar rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kerana ia adalah palsu.

JPJ dalam kenyataan menegaskan, penggunaan nama dan gambar rasmi jabatan pada iklan itu semata-mata bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

"JPJ ingin menegaskan bahawa iklan dan akaun berkenaan adalah palsu. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya akan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah.

"Ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian. Orang ramai juga digalakkan merujuk atau menghubungi JPJ terlebih dahulu untuk maklumat lanjut," katanya dalam hantaran di Facebook, malam ini.

JPJ memaklumkan sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihaknya menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ iaitu https://jpj.spab.gov.my.