Perhilitan Sahkan Terima Aduan Kemunculan Harimau Malaya Di Gua Musang

LocalEnvironment
9 Jun 2026 • 6:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Perhilitan Sahkan Terima Aduan Kemunculan Harimau Malaya Di Gua Musang

Perhilitan Sahkan Terima Aduan Kemunculan Harimau Malaya Di Gua Musang

GUA MUSANG, 9 Jun (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengesahkan menerima aduan berhubung kemunculan seekor harimau Malaya di kawasan Jambatan Sungai Relai di sini semalam, susulan penularan video haiwan itu dalam media sosial.

Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata siasatan yang dijalankan oleh Perhilitan Daerah Gua Musang mendapati harimau berkenaan dipercayai hanya melintasi kawasan berkenaan sebelum kembali ke habitat asalnya.

Beliau berkata pemeriksaan yang dijalankan di lokasi tidak menemukan kelibat harimau itu dan setakat ini tiada laporan diterima mengenai gangguan terhadap penduduk di kawasan berkenaan.

Baca juga:

“Tiada kelibat harimau ditemukan semasa pemeriksaan dijalankan dan tiada laporan gangguan terhadap penduduk diterima sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Abdul Kadir menasihatkan orang ramai supaya tidak menghampiri atau mengganggu hidupan liar sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan, selain segera melaporkan kejadian menerusi talian hotline 1-800-88-5151.

“Perhilitan akan terus memantau keadaan di lokasi bagi memastikan keselamatan awam serta kelangsungan usaha pemuliharaan harimau Malaya,” katanya.