Perhimpunan Agung PBB Lulus Resolusi Menggalakkan Penggunaan Peta Dunia Dengan Saiz Sebenar

7 Sep 2026 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda bukan peminat geografi atau trivia rambang, anda mungkin tidak menyedari peta yang digunakan di sekolah ialah peta Mercator yang dicipta oleh Gerardus Mercator pada tahun 1569. Selama lebih 400 tahun, anda mungkin percaya Greenland adalah lebih besar daripada benua Afrika dan tidak menyedari benua Afrika lebih besar daripada keseluruhan Amerika Syarikat.

Image from: Perhimpunan Agung PBB Lulus Resolusi Menggalakkan Penggunaan Peta Dunia Dengan Saiz Sebenar

Hujung minggu lalu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi untuk menggalakkan penggunaan peta dunia baharu yang lebih tepat menunjukkan saiz setiap benua dan negara. Peta Bumi Sama Rata (Equal Earth) yang dihasilkan pada tahun 2018 lebih tepat menunjukkan saiz sebenar dengan ia telah digunakan oleh kesatuan Afrika sejak Februari tahun ini. Sebagai contoh Greenland kini jelas 14 kali ganda lebih kecil berbanding benua Afrika.

Image from: Perhimpunan Agung PBB Lulus Resolusi Menggalakkan Penggunaan Peta Dunia Dengan Saiz Sebenar

Resolusi ini dipimpin oleh Togo dan disokong oleh Kesatuan Afrika dengan 164 negara menyokong, 6negara lain berkecuali (Serbia, Estonia, Georgia, Lithuania, Moldova, Ukraine) dan hanya Amerika Syarikat menentangnya.

Resolusi sekadar menggalakkan penggunaan Peta Bumi Sama Rata dan bukannya mewajibkan pengguna peta Mercator dihentikan. Peta Mercator masih lebih berguna untuk tujuan navigasi kerana menunjukkan garis lurus yang tepat dengan jarak perjalanan serasi dengan tujuan ia dihasilkan pada tahun 1569. Peta bumi pada logo PBB misalnya menggunakan unjuran planar dengan Kutub Utara dijadikan titik fokus bahagian tengah peta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved