Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Kecoh, Desak Muhyiddin Letak Jawatan

LocalPolitics
7 Sep 2025 • 9:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Insiden itu berlaku ketika sesi ucapan dasar presiden apabila Muhyiddin menyentuh isu cubaan menjatuhkan kepimpinannya melalui cara mengumpul tandatangan.

“Katanya ada orang kutip tandatangan untuk jatuhkan Presiden. Ini tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan parti… kalau Presiden dijatuhkan melalui kutipan tandangan, semua yang ada di atas pentas ini pun boleh dijatuhkan melalui cara yang sama.

“Ketua-Ketua Bahagian, Ketua Armada, Ketua Srikandi, Ketua Srikandi Muda, Ketua Bersekutu dan semua Ahli Jawatankuasa Bahagian pun boleh ditimpa nasib yang sama,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu.

Ucapan beliau disambut dengan jeritan “tidak benar” dipercayai bagi menafikan perkara itu diikuti laungan “turun Tan Sri” sebelum berlaku kekecohan di antara perwakilan yang kemudiannya berjaya ditenteramkan.

Pada sidang media selepas itu, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai desakan tersebut dan ia akan disemak oleh pihak keselamatan untuk tindakan lanjut.

“Saya tidak terganggu dengan perkara yang berlaku… saya anggap itu perkara biasa sahaja, yang penting Bersatu masih lagi bergerak sebagai parti politik dan kita lihat semangat secara keseluruhannya amat tinggi,” katanya.

Sumber: BERNAMA