Perhimpunan: Polis Kota Kinabalu hanya terima satu notis

LocalPolitics
2 Jul 2026 • 2:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Perhimpunan: Polis Kota Kinabalu hanya terima satu notis

Kota Kinabalu: Polis hanya menerima satu daripada dua notis yang diperlukan bagi penganjuran perhimpunan yang dirancang iaitu “Gempur Rasuah 3.0” dan “Bangkit Sabahan 2.0” yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 Julai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt Syed Lot Syed Abdul Rahman (gambar) dalam satu kenyataan berkata notis yang diterima adalah bagi perhimpunan “Bangkit Sabahan 2.0” manakala tiada sebarang notis dikemukakan bagi “Gempur Rasuah 3.0”.

Menurutnya, polis mengambil maklum mengenai tular di media sosial berkaitan kedua-dua perhimpunan aman itu menjelang tarikh penganjurannya.

Syed Lot berkata penganjur mana-mana perhimpunan diwajibkan mengemukakan notis terlebih dahulu kepada Ketua Polis Daerah yang mempunyai bidang kuasa di kawasan berkenaan sebelum perhimpunan diadakan.

“Penganjur bertanggungjawab memastikan perhimpunan berlangsung secara aman, mematuhi semua undang-undang yang berkuat kuasa, tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menghalang kelancaran lalu lintas serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai.

“Penganjur juga perlu memastikan tiada pelanggaran undang-undang sepanjang perhimpunan berlangsung, termasuk penyebaran kenyataan atau tindakan yang menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja, selain sebarang hasutan, provokasi atau perbuatan yang boleh mengancam ketenteraman awam serta keselamatan negara.”Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah undang-undang yang berkaitan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved