Tiada bukti muktamad tulisan Zara ditiru: Pakar

26 Jun 2026 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Tiada bukti muktamad tulisan Zara ditiru: Pakar

Kota Kinabalu: Seorang pakar tulisan tangan memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak merumuskan bahawa terdapat mana-mana individu yang cuba meniru tulisan tangan Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan menyifatkan laporannya sebagai “tidak muktamad” (non-conclusive).

Pemeriksa dokumen forensik dan pakar tulisan tangan bertauliah Dr Linthini Gannetion menjelaskan bahawa laporan tersebut tergolong dalam kategori tidak muktamad dan itulah salah satu sebab beliau tidak dapat menolak kemungkinan adanya kekeliruan (misguides).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya Dana Arabi Wazani dalam prosiding inkues bagi mencari punca kematian Zara pada Khamis.

Dana: Anda tidak merumuskan bahawa mana-mana individu cuba meniru tulisan tangan Zara, betul?Dr Linthini: Laporan ini jatuh di bawah kategori tidak muktamad. Ini adalah salah satu sebab saya tidak boleh menolak potensi kekeliruan.

Dana: Anda tidak merumuskan bahawa dokumen Y1 hingga Y15 ditulis sepenuhnya oleh orang lain selain Zara, betul?Dr Linthini: Betul.

Dana: Anda tidak mengenal pasti individu tertentu yang didakwa mengubah atau mengusik Y1 hingga Y15, betul?Dr Linthini: Betul.

Dana: Anda juga tidak dapat menyatakan tarikh atau masa tepat bila sebarang dakwaan pengubahan itu berlaku, betul?Dr Linthini: Ya.

Dana: Oleh itu laporan anda tidak menetapkan secara konklusif bila, bagaimana atau oleh siapa sebarang pengubahan dilakukan, betul?Dr Linthini: Betul.

Dana: Anda tidak mengenal pasti sebarang ciri tulisan tangan yang disimulasikan secara buatan atau dipalsukan, betul?Dr Linthini: Betul.

Saksi ke-74 itu yang menyambung keterangannya di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan bahawa laporannya tidak mengandungi penemuan positif mengenai pemalsuan.

Beliau seterusnya mengesahkan bahawa laporannya tidak menemui bukti pemalsuan mahupun mengenal pasti sebarang tulisan tangan yang disamarkan (disguised handwriting).

Mengenai isu pemadaman (obliteration) Dr Linthini berkata adalah tidak mustahil bagi seorang penulis untuk memadam, meminda atau menghapuskan tulisannya sendiri dan tindakan tersebut mungkin dilakukan oleh penulis asal itu sendiri.

Dana: Kehadiran pemadaman tidak bermakna secara automatik bahawa orang lain telah mengusik dokumen tersebut, betul?Dr Linthini: Kemungkinan itu betul.

Mengenai isu penggunaan jenis dakwat yang berbeza Dr Linthini bersetuju bahawa adalah mungkin bagi seorang penulis menggunakan lebih daripada satu pen semasa menulis.

Walau bagaimanapun beliau menyatakan ia kelihatan agak pelik pada bahagian pembetulan terutamanya pada perkataan “repounding” dan “challenge.”Beliau menambah bahawa jenis dakwat yang berbeza mungkin menimbulkan persoalan tentang masa atau keadaan penulisan tetapi ia tidak membuktikan secara konklusif adanya gangguan oleh pihak lain.

Dr Linthini juga bersetuju bahawa beliau tidak menjalankan analisis penentuan tarikh dakwat (ink dating) untuk menentukan bila pelbagai dakwat tersebut digunakan.

Beliau menjelaskan bahawa di Malaysia tiada pangkalan data untuk penentuan tarikh dakwat berdasarkan faktor iklim dan terdapat kekurangan penyelidikan dalam bidang tersebut.

Oleh itu beliau tidak dapat menentukan dengan tepat bila penambahan tulisan tersebut dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved