Perincian Permohonan Rebat Pembelian Motosikal EV Akan Diumumkan 8 Disember

TechnologyDigital
22 Nov 2023 • 2:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selaras pengumumam oleh Kerajaan sewaktu perbentangan Belanjawan 2024 berhubung pemberian rebat sehingga RM2,400 bagi motosikal elektrik, perincian mengenai permohonannya akan diumumkan pada 8 Disember 2023. Ini akan termasuk pelbagai perincian mengenai mekanisme permohonan skim, di samping jangkaan dasar pelaksanaan, panduan pengguna dan soalan lazim mengenainya.

image is not available

Untuk rekod, insentif rebat ini telah diumumkan oleh kerajaan di bawah Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik, yang boleh dimanfaatkan oleh penerima dengan pendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah. Ini sekaligus mampu menggalakkan lagi rakyat menerima penggunaan EV di Malaysia.