
Saya menggunakan perisian Adobe sejak sekolah menengah kerana ia adalah yang terbaik untuk menghasilkan karya digital. Microsoft Office pula digunakan di universiti kerana ia diperlukan untuk menghasilkan kertas kerja. Dahulu saya hanya perlu membayar sekali untuk perisian digunakan sehingga langit bergulung di hari kiamat. Kini Adobe dan Microsoft meminta langganan bulanan yang agak membebankan.

Minggu lalu Brandon Thomas seorang pembangunan melancarkan perisian alternatif sumber terbuka untuk Adobe Photoshop, Lightroom, Illustrator, Premiere, After Effects dan Acrobar yang dihasilkan dengan bantuan Claude. Dengan pantas perisian di bawah payung ArtCraft yang diberi nama PhotoCraft, VectorCraft, FilmCraft, VectorCraft dan PdfCraft tular di media sosial kerana menawarkan ciri yang sama dengan perisian Adobe tetapi tanpa perlu membayar lesen bulanan.
Dengan kejayaan ArtCraft, Thomas kini melancarkan pula perisian GridCraft, DeckCraft, dan WordCraft yang merupakan alternatif kepada Microsoft Excel, PowerPoint, dan Word. Sekali lagi kesemua perisian boleh dimuat turun secara percuma bagi mereka yang ingin mencuba.

Selepas ini Thomas akan membangunkan pula perisian alternatif untuk yang dihasilkan oleh Autodesk. Claude mempunyai kemampuan melakukan proses decompiler yang kemudiannya mengubah perisian yang dahulunya berbayar menjadi versi percuma.
Sungguhpun alternatif yang ditawarkan adalah percuma, berdasarkan ujian saya menggunakan PhotoCraft ia masih mempunyai beberapa pepijat. Tidak semua fail PSD boleh dibuka dengan betul dan ada alat yang tidak berfungsi seperti sewajarnya. Jika anda tidak mahu menggunakan perisian yang dibangunkan secara sempoicara, alternatif terbaik untuk Adobe bagi saya secara peribadi ialah Affinity yang boleh dimuat turun percuma.





