Perjalanan Rais berakhir, selamat disemadikan sebelah kubur bapa

21 Jul 2024 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jenazah Mohd Rais selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampng Liang, Kota Belud pada Ahad.

image is not available
Ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung yang hadir mengiringi jenazah Mohd RaisTanah Perkuburan Islam Kampng Liang, Kota Belud pada Ahad.

KOTA BELUD - Jenazah Mohd Rais Sarkhanuddin Zainordin, 23, selamat disemadikan di sebelah kubur bapanya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Liang dekat sini pada Ahad.

Urusan pengebumian selesai kira-kira jam 5.10 petang sebaik saja jenazah Mohd Rais disembahyangkan di Masjid Nurul Hikmah.

Kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung hadir menunaikan solat jenazah sebelum diiring ke tanah perkuburan.

Jenazah Mohd Rais sebelum itu tiba di Kota Kinabalu menerusi penerbangan dari Kuala Lumpur selepas diterbangkan dari Korea Selatan pada Jumaat.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di rumah yang didiaminya di Bandar Gumi, Wilayah Gyeongsang, pada Ahad lalu.

Usaha membawa jenazah pulang memerlukan kos yang besar menyebabkan ahli keluarga terpaksa mengumpul dana untuk tujuan urusan penghantaran ke Sabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved