“Ramai sayang awak” – Netizen Sebak Lihat Rakan Baik Nur Farah Kartini Longlai Di Depan Kubur

Entertainment
19 Jul 2024 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekitar jam 5.20 petang semalam, jenazah Nur Farah Kartini Abdullah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang.

Difahamkan seramai 400 orang hadir di tanah perkuburan tersebut, termasuklah wakil Kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Datuk Mohamad Nizar Najib.

Dalam pada itu, tular sebuah video di TikTok memaparkan situasi di tanah perkuburan berkenaan di mana seorang wanita yang dipercayai sahabat arwah dilihat longlai dan menangis ketika di hadapan kubur.

Beberapa individu yang berada di sekelilingnya cuba menenangkan wanita yang dikenali sebagai Dayang ini dan abang arwah yang berada di tempat kejadian juga dilihat meletakkan batu nisan yang tertulis nama arwah.

Al fatihah dibaca. Farah Kartini, moga roh akak dicucuri rahmat dan tenang,” tulis kapsyen.

“Kau kuat Dayang”

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih mereka melihat video tersebut dan memberi kata-kata semangat buat wanita bernama Dayang ini agar tabah dengan pemergian sahabatnya itu.

image is not available

Sama-samalah kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Moga orang-orang terdekat dengannya kuat semangat.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.