Perjanjian mega RM1.11 bilion: Rafizi belum terima notis beri keterangan

LocalPolitics
4 Mar 2026 • 3:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rafizi

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli belum menerima sebarang notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan melibatkan perjanjian mega antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.11 bilion.

Ia disahkan oleh Setiausaha Akhbar Rafizi, Farhan Iqbal kepada Sinar Harian.

"YB (Rafizi) masih belum menerima sebarang notis untuk memberikan kenyataan kepada SPRM," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang bekas menteri dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Ujarnya, bekas menteri dan KSU itu antara 12 individu daripada pelbagai agensi antaranya Kementerian Ekonomi, Pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved