Perjuangan hapus judi tidak akan terhenti – Pas Kedah

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 5:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Perjuangan hapus judi tidak akan terhenti – Pas Kedah

ALOR SETAR – Pas Kedah kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri mendapatkan kebenaran merayu berhubung pengeluaran lesen perjudian di Kedah.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya bagaimanapun akur dengan ketetapan yang dibuat itu.

“Keputusan itu turut mendukacitakan seluruh rakyat negeri Kedah. Sangat ironi apabila langkah kerajaan negeri mengamalkan prinsip mencegah kerosakan dalam masyarakat dibantah oleh pihak tertentu sehingga mereka sanggup membawa kes ini ke mahkamah sejak dari awal.

“Inilah yang amat dikesali. Bagaimana ada pihak yang masih tegar mempertahankan jenayah perjudian dalam negeri meskipun usaha kerajaan menutup keseluruhan premis telah dilaksanakan mengikut garis perundangan yang ada,” katanya di sini, hari ini.

Kata beliau, pihaknya ingin menegaskan bahawa prinsip amar makruf nahi munkar akan terus dipertahankan dalam aspek berkerajaan.

“Selain itu, Pas Kedah juga ingin menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri atas apa jua tindakan susulan yang wajar diambil pasca pendirian daripada Mahkamah Persekutuan ini. Insya-Allah, perjuangan ini tidak akan bertemu titik noktah di sini,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Kerajaan Negeri Kedah gagal memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung pengeluaran dan memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu.

Pada 2022, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak lagi mengeluarkan atau memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu, menyebabkan lesen sedia ada tidak disambung selepas tempoh sahnya tamat.

Keputusan itu kemudian dicabar oleh beberapa syarikat pengendali perjudian yang memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi Alor Setar, antaranya dengan alasan kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghalang pengeluaran dan pembaharuan lesen berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Perjuangan hapus judi tidak akan terhenti – Pas Kedah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved