Perjuangan Kian Meng-Pei Jing, Soon Huat-Shevon berakhir

26 Aug 2022 • 8:38 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perjuangan dua beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai, terhenti selepas tersingkir pada suku akhir Kejohanan Badminton Dunia 2022 di Tokyo, hari ini.

Kian Meng-Pei Jing, pilihan kelapan kejohanan, ternyata bukan tandingan kepada pilihan utama dari China, Zheng Si Wei- Huang Ya Qiong apabila tewas mudah straight set 9-21, 9-21, pada perlawanan di Tokyo Metropolitan Gymnasium.

Dalam pada itu, Soon Huat-Shevon gagal menyaingi kehebatan pilihan ketiga, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun, apabila tunduk 17-21, 13-21.

Harapan negara kini hanya tinggal kepada beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang juga pilihan keenam apabila dijadual menentang pasangan pilihan ketujuh, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India, di peringkat separuh akhir, esok.

Awal pagi tadi, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu berjaya membenam gandingan Korea Selatan, Choi Sol Gyu-Seo Seung Jae, 21-18, 21-16. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved