“Sempat baling kayu pada dron” – Berjuang Hingga Ke Akhir Hayat, Keberanian Pemimpin Hamas Dikagumi Ramai

19 Oct 2024 • 6:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar dilaporkan maut akibat kecederaan otak selepas ditembak di kepala oleh rejim Zionis, Rabu lalu.

Terbaharu, tentera Israel telah mengeluarkan rakaman dron yang menunjukkan saat-saat akhir pemimpin Hamas tersebut.

Dalam video yang tular di laman sosial, dapat dilihat Yahya duduk di atas kerusi dalam keadaan terkulai dan dipenuhi debu setelah bangunan yang didudukinya runtuh.

Bagaimanapun, ketika dron tersebut merakam Yahya, beliau sempat menggunakan sisa tenaganya untuk membaling sebatang kayu kepada dron milik Israel.

image is not available
Yahya sinwar

Sebelum ini, tentera Israel melaporkan berkata, pemimpin Hamas itu terkorban selepas bangunan tempatnya bersembunyi di Rafah dibedil kereta kebal.

Laporan autopsi daripada Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv mengesahkan pemimpin Hamas itu turut mengalami kecederaan pada lengan kanan disebabkan peluru berpandu dan juga pada kaki kiri disebabkan terkena binaan runtuh.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, mayat Yahya mungkin bakal digunakan sebagai ‘alat tawar-menawar’ untuk pertukaran bagi membebaskan tahanan Israel di Gaza.

Kini, mayat pemimpin Hamas itu disimpan di sebuah lokasi rahsia Israel.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved