Perjumpaan dengan pimpinan PKR sekadar pertemuan biasa: Anwar

Politics
25 Jun 2023 • 6:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGI: “Biasa... ia satu perjumpaan biasa, mendengar taklimat seperti biasa,” itu jawapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai pertemuan beliau yang juga Presiden PKR bersama pimpinan parti itu di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Pengerusi PH itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri itu dipercayai bagi membincangkan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.

Setakat ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada Khamis dan Jumaat lepas manakala DUN Kedah dijadual dibubar Rabu ini.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengadakan taklimat khas di Kuala Lumpur pada Isnin berkaitan persiapan menghadapi PRN yang disertai semua pimpinan tertinggi selain Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. - Bernama